Pemakaian Seksyen 340 Kanun Tanah Negara Menurut Perundangan Islam Di Malaysia

The Application of Section 340 of the National Land Code in Accordance with Islamic Law in Malaysia

Authors

  • Muhammad Azri Amir Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Universiti Malaya
  • Mohd Zaidi Daud Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Universiti Malaya
  • Siti Aisyah Samudin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.118

Keywords:

Kanun Tanah Negara, Pendaftaran, Pemilikan, Sistem Torrens, Hak Milik Tak Boleh Sangkal

Abstract

Isu perundangan Islam berkaitan hartanah kini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang di Malaysia. Berpaksikan kepada sistem Torrens yang menetapkan pendaftaran adalah segalanya membawa kepada anggapan bahawa pendaftaran tanah bersifat mutlak. Walhal, terdapat beberapa pengecualian yang terpakai kepada prinsip pendaftaran mutlak ini, menjadikan pendaftaran milikan tanah memang bersifat eksklusif namun tidak mutlak. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pemakaian seksyen 340 Kanun Tanah Negara menurut perundangan Islam di Malaysia. Dua objektif utama telah dikenal pasti iaitu meneliti konsep dan perincian hak milik tidak boleh disangkal dalam seksyen 340 Kanun Tanah Negara (Disemak) 2020 Akta 828. Kedua, mengkaji kes-kes berkaitan yang menjelaskan pemakaian seksyen 340 Kanun Tanah Negara dalam undang-undang Syariah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu dengan menggunakan pendekatan kajian dokumentasi sebagai kaedah utama bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang bersifat konseptual dan teoritikal di samping menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati konsistensi penghakiman terhadap isu berkaitan Iyā’ al-mawāt tidak memihak kepada peneroka atau pengusaha tanah terbiar malahan perolehan tanah dengan cara ini juga menjadi satu kesalahan dalam undang-undang tanah di Malaysia. Namun, berbeza dapatan bagi isu hibah yang mana konsistensi penghakiman adalah memihak kepada pihak yang dapat membuktikan bahawa tanah yang dipertikai tersebut adalah tanah berian hibah. Justeru, langkah-langkah penambahbaikan melalui adaptasi penggunaan teknologi dalam undang-undang prosedural mahkamah Syariah boleh dilaksanakan bagi melestarikan undang-undang Syariah dalam perundangan tanah di Malaysia. 

Islamic legal issues related to real estate has became a polemic of discussion among people from various backgrounds in Malaysia. Centered on the Torrens system that prescribes registration is everything in land law has lead to the assumption that land registration is absolute. However, there are some exceptions that applied to this principle making the registration of land ownership is exclusive but not absolute. This article aims to identify the practice of section 340 of the National Land Code according to Islamic law in Malaysia. Two main objectives were identified, namely to examine the concept and details of undeniable title in section 340 of the National Land Code (Revised) 2020 Act 828. Second, to study related cases that explain the practice of section 340 of the National Land Code  in Shariah law. This study used qualitative method by using the documentation research approach as the main method in order to obtain conceptual information and theoretical knowledge as well as using a semi -structured interview method. The results found that the consistency of judgment on issues related to Iyā 'al-mawāt is not in favor of settlers or operators of idle land and even the acquisition of land in this way is also an offense in land law in Malaysia. However, the findings are different in the case of hibah where the consistency of the judgment is in favor of the party who can prove that the land issued was a gift. Thus, the positive improvement could be done by taking into account to adapt the use of Islamic procedural law in Shariah court in order to preserve the principle of Islamic law in regulating land ownership in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ibrahim bin Lembut, Sistem Pengagihan Harta Pusaka Islam, 2003, Kuala Lumpur, JAIM & MAIM.

David S.Y.Wong, Tenure and Land Dealing in the Malay States, 1975, Singapore: Singapore University Press.

Judith E. Sihombing, National Land Code: A Commentary, 1981, Singapore/Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

Keenan. S. S, Curtains and mirrors: The Production of Race Through Time and Title Registration, 2017, Law Critique.

Mohd Ridzuan Awang, Pelaksanaan Harta Hibah, dlm Mohamad Zaini Yahaya, Abdul Basir Mohamad, Mohd Nasran Mohamad (pnyt), Isu Syariah dan Undang-undang, 2003, Siri 12, Bangi, Pusat Penerbitan dan Teknologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rabi’ah Muhammad Seriji, Mazliza Mohamad & Safinaz Mohd Hussein & Mahmud Zuhdi Mohd Nor, Harta Sepencarian: Isu dan Konflik Perundangan dalam Tuntutan Selepas Kematian dari Perspektif Undang-Undang Tanah di Malaysia, 2021, ISLĀMIYYĀT 43(Isu Khas) 2021: 43 – 53.

Rabi’ah Muhammad Seriji, Sistem Torrens Dalam Undang-undang Tanah di Malaysia: Sistem Yang Tidak Eksklusif, 2017, Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE), 13-14 Disember 2017.

Rabi’ah Muhammad Seriji, Mazliza Mohamad & Safinaz Mohd Hussein, Pemakaian Sistem Torrens dalam Perundangan Tanah Malaysia dan Kesannya Terhadap Iḥyā’ al-Mawāt, 2020, Journal Al-Irsyad, Vol. 5, No. 2.

Published

2023-04-30

How to Cite

Amir, M. A., Daud, M. Z., & Samudin, S. A. . (2023). Pemakaian Seksyen 340 Kanun Tanah Negara Menurut Perundangan Islam Di Malaysia: The Application of Section 340 of the National Land Code in Accordance with Islamic Law in Malaysia. Journal of Muwafaqat, 6(1), 14–42. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.118