Teori Hifz Al-Nafs Dalam Maqasid Syariah: Analisis Pendalilan

The Theory of Hifz Al-Nafs In Maqasid Syariah: Argumentation Analysis

Authors

  • Muhammad Mustaqim Roslan Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
  • Anwar Osman Zainuri Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

DOI:

https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.121

Keywords:

Hifz Al-Nafs, Jiwa, Pendalilan, Rohani, Teori

Abstract

Hifz al-Nafs bukanlah satu istilah yang janggal dalam Maqasid Syariah. Ia sering diertikan sebagai ‘menjaga nyawa’ bagi kalangan ahli Fiqh dan Usul apabila dikaitkan dengan hukuman Qisas. Namun begitu, terma al-Nafs dan kata jamaknya al-Anfus yang terdapat di dalam al-Quran sebanyak 266 kali membawa pengertian yang begitu luas. Pemahaman umat Islam terhadap istilah Hifz al-Nafs dengan mengecilkan maksud penggunaannya hanya kepada ‘menjaga nyawa’ mengundang kekeliruan sehingga menjadikan mereka begitu sempit dalam memahaminya. Oleh yang demikian, artikel ini mengetengahkan objektif utama iaitu menganalisis teori Hifz al-Nafs dari sudut pendalilannya melalui surah-surah pilihan di dalam al-Quran. Ia bertujuan agar pengertian Hifz al-Nafs itu dapat dianalisis maksudnya dengan lebih mendalam dari sumber utama umat Islam. Falsafah di sebalik artikel ini ialah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasikan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan dan analisis data ialah analisis kandungan dokumen dengan menganalisis sampel utama daripada peruntukan dalam al-Quran yang berkaitan dengan al-Nafs. Ia  dijadikan sebagai data primer dalam kajian ini kerana data tersebut adalah daripada sumber langsung, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat individu. Selain itu juga, data sekunder bagi kajian ini ialah perbahasan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir, buku-buku akademik, jurnal dan kajian ilmiah lepas digunakan dalam artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendalilan Hifz al-Nafs yang dianalisis pengkaji adalah merujuk kepada menjaga jiwa dari dimensi rohani. Pengkaji turut mendapati bahawa dimensi rohani dalam penjagaan jiwa ini adalah berfokus kepada “penyucian jiwa”. Ini bererti bahawa menjaga rohani dalam jiwa manusia itu adalah penting agar diri manusia itu tidak terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan nyawa. Ia juga adalah tidak selari dengan teori Hifz al-Nafs seperti yang diinginkan oleh syarak.

Hifz al-Nafs is not a strange term in Maqasid Syariah. It is often interpreted as 'preserving life' among Fiqh and Usul scholars in relation to Qisas. Nevertheless, the fact that al-nafs and the plural word al-anfus mentioned in the Quran 266 times carries such a broad meaning. Muslims' understanding of the term Hifz al-Nafs by limiting its meaning to only 'preserving life' brings confusion and makes the understanding narrow. This article aims to analyze the theory of Hifz al-Nafs from its reasoning through selected chapters in the Quran. It is so that the meaning of Hifz al-nafs can be analyzed more deeply from the main legislative sources. The article is interpretive and uses a qualitative approach in adapting the research design. The data collection and analysis is based on document content analysis by analyzing provisions in the Quran related to al-nafs. It is used as primary data in this study as the data is from a direct, authoritative source and without any individual influence or opinion. In addition, the secondary data for this study are discussions found in books of tafsir, academic writings, journals and past scientific studies. The findings show that the argument of Hifz al-Nafs analyzed by the researcher refers to guarding the soul from the spiritual dimension. The researcher also found that the spiritual dimension in soul protection is focused on "soul purification". This means that taking care of the spiritual in the human soul is important to the point that the human being is not motivated to inflict harm to oneself. It is also not in line with the theory of Hifz al-Nafs as lined in Syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Rayya. (2012). Towards a Systematic Quranic Theory of Personality. Mental Health, Religion & Culture, 15(3), 217-233.

Aditama, D. (2017). Hubungan Antara Spiritualitas dan Stres pada Mahasiswa yang Mengerjakan Skripsi. El-Tarbawi Jurnal Pendidikan Islam , 10(2).

Alias, J., Mat, N., Muslim, N., Hassan, W. Z., Basir, A., & Kasan, H. (2012). Managing Bipolar Disorder and Manic-Depressive Psychosis (MDP) Accorrding to Western and Islamic Approaches. Research Journal of Applied Sciences.

Aris, N. M., Rameli, M. F., Daud, N. M., & Nordin, B. (2020). Kepentingan Makanan dalam Menjamin Hifz al-Nafs. Journal of Human Capital Development, 13(2), 61-74. Didapatkan Julai 26, 2022, daripada https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/6166/4091

Al-Asyqar, M. (2013). Zubdah at-Tafsir Bihamisy Mushaf al-Madinah al-Munawwarah. Dar al-Nafais, Jordan.

Bustomi, J., Sanah, S., & Siregar, Z. U. (2020). Menyikapi Wabah Penyakit COVID-19 dalam Bertasawuf. Kertas Kerja Fakultas Tarbiyah dan Keguruan UIN Sunan Gunung Djati Bandung.

Creswell. (2009). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing among Five Approaches. Thosand Oaks: Sage.

Fahmi, L. (2019). Terapi Berkala Kombinasi Bimbingan Konseling Islam dengan Rational Emotif Behavior Theraphy (REBT) pada Penanganan Perilaku Agresif Anak di SD Al-Falah Assalam Tropodo Sidoarjo. Proceeding of International Conference on Da’wa and Communication. 1. Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Sunan Ampel Surabaya.

Faizah, C. (2015). Ajaran Moral dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. (Postgraduate Thesis). Jurusan Tafsir Hadis Fakultas Usuluddin, UIN Walisongo Semarang.

Al-Ghazzali, M. I. (1993). Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul (Jld. 1). Dar Ihya al-Turath al-'Arabi.

Hanum, R., & Rijal, F. (2021). Nilai-nilai Tazkiyat An-Nafs dan Implimentasinya dalam Pendidikan Anak (Kajian Surah Asy-Syams ayat 7-10). Jurnal Fitrah , 3(2).

Harun, H. B., & Ali, H. B. (2021). Konsep Hifz an-Nafs (Pemeliharaan Nyawa) Berdasarkan Maqasid Shariah dalam Menghadapi Pandemik Covid-19. International Conference On Syariah & Law2021 (ICONSYAL 2021) - Online Conference, (hlm. 57-70). Didapatkan Julai 26, 2022, daripada http://conference.kuis.edu.my/iconsyal/images/eprosiding/1006.pdf

Ibn Manzur. (2012). Lisan al-'Arab.

Ilyas, R. (2017). Zikir dan Ketenangan Jiwa: Telaah atas Pemikiran al-Ghazali. Mawa’izh Jurnal Dakwah dan Pengembangan Sosial Kemanusiaan, 8(7).

Istiqomah, H. (2020). Zikir dan Implementasinya Sebagai Penenang Hati (Kajian Tematik Surah al-Ra’d Ayat 28). Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya.

Jalalayn. (2003). Terjemahan Tafsir Jalalayn (ed. Pertama, Jld. 2). (B. A. Bakar, Penterjemah) Sinar al-Gensindo.

Al-Juwayni. (2003). Mughith al-Khalq fi Tarjih al-Qawl al-Haqq. Beirut: Al-Matba’ah al-‘Asriyyah.

Miles, B., & Huberman, M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded Source Book. California: Sage.

Mohamad, A. D., Hamjah, S. H., Mokhtar, A. I., & Ghani, M. Z. (2017). Tazkiyat al-nafs dalam Kerangka Maqasid al-Shari'ah. Al-Hikmah, 9(2), 87-98. Didapatkan Julai 26, 2022, daripada http://journalarticle.ukm.my/11204/1/252-1095-1-PB.pdf

Al-Mubarok, M. S. (2015). Upaya Syar’i dalam menjaga dan memelihara kemuliaan wanita muslimah menurut penafsiran Ahmad Mustafa al-Maraghi. (Postgraduate Thesis). Fakultas Usuluddin dan Studi Agama, UIN Sulthan Thaha Saifuddin

Munawwir, A. W. (1996). Al-Munawwir Kamus Arab-Indonesia Terlengkap. Surabaya: Pustaka Progresif.

Prasasti, L. (2015). Strategi Pendidikan dari QS Al-Fajr ayat 27-30 terhadap Upaya Seorang Muslim Mencapai Kesihatan Mental. Jurnal SPeSIA Pendidikan Agama Islam, 1(1).

Qutub, S. (1965). Juz 30 Surah Asy-Syams, Kitab Tafsir Fi Zhilalil-Quran XII. Indonesia: Gema Insani.

Rahman, N. (2016). Karakteristik Manusia Tela’ah Tematik Tafsir Al Asas Said Hawa. Palembang: NoerFikri Palembang Indonesia.

Raysuni, A. (2014). Nazariyyah al-Maqasid ‘Ind al-Imam al-Shatibi. Kaherah: Dar al-Kalimah.

RI, K. (2015). Al-Quran dan Tafsirnya (Juz 28-30). Jakarta : Widya Cahaya.

Rosalina, Y. (2017). Masuknya Paradigma Interpretif pada Kajian Ilmu Akuntansi. Jurnal Analisa Akuntansi dan Perpajakan, 1(1), 51-62.

Safira, L., & Auliyah, I. (2018). Dhikr as an Effort to Improve the Psychological Well-Being of Adolescent. Proceeding The 1st International Conference on Islamic Guidance and Counseling 2018. UIN Sunan Kalijaga.

Sanar. (2013). Al-nafs Al-Muthmainnah dalam QS Al-Fajr, ayat 27-30 (Suatu Kajian Tafsir Tahlili). UIN Alauddin Makassar.

Subri, & Bachtiar, A. (2019). Pendidkan Ruhani dalam Al Quran. Jurnal INTIQAD Jurnal Agama dan Pendidikan Islam.

Thaidi, H. ‘., Rahman, M. F., Rahman, A. A., & Mansor, H. (2021). Pencapaian Maqasid Hifz al-nafs Ketika Pandemik ke Arah Merealisasikan WKB 2030. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021 “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” (hlm. 432-435). Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Didapatkan Julai 26, 2022, daripada https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14395/1/32.BM.%20SAIS2021%20-%20Pencapaian%20Maqasid%20Hifz%20Al-nafs%20Ketika%20Pandemik%20Ke%20Arah%20Merealisasikan%20WKB%202030.pdf

Al-Zuhayli, W. (2016). Terjemahan Tafsir al-Munir (ed. Kedua, Jld. 7). (A. H. al-Kattani, Penterjemah) Germa Insani.

Zuhri, A., Anwar, H., & Marzuki, M. (2020). The Zikir Concept as a Medium of Quality Soul. Al-Hikmah Jurnal Theosofi dan Peradaban Islam, 2(1).

Zulhelmi, A. (2022). Bahasa Al-Quran di dalam Surah Yusuf mengatasi Kemerosotan Akhlak Pemuda di Zaman Modern: Studi Analisis Menggunakan Metode Kisah Teladan Nabi Yusuf. Proceeding ICIS Vol. 1 No. 1. UIN ar-Raniry.

Zulianto, F. N. (2015). Konsep Jiwa yang Tenang dalam Surat al-Fajr ayat 27-30 dan Implimentasinya dalam Kesihatan Mental (Analisis Bimbingan Kaunseling Islam). UIN Walisongo Semarang.

Published

2023-04-30

How to Cite

Roslan, M. M., & Osman Zainuri, A. (2023). Teori Hifz Al-Nafs Dalam Maqasid Syariah: Analisis Pendalilan: The Theory of Hifz Al-Nafs In Maqasid Syariah: Argumentation Analysis. Journal of Muwafaqat, 6(1), 1–13. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i1.121