Journal of Muwafaqat https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal

Journal of Muwafaqat is a newly published set of international journal encompassing all the fields of Syariah and Law. The aims of the journal are to expand epistemological aspects of legal discourse as academic inquiry in understanding Syariah, Islamic jurisprudence and Law; offer the platform of intellectual forum by generating new ideas in fiqh in the contemporary muslim society; develop the sciences of legal reasoning (ijtihad) in elucidating the complexity and intricacy of global context; discuss modern disciplines by integrating both knowledge in Islamic juristic heritage and relevant aspects such as sciences, management, finance, law and etc; expose the critical treatment of juridicial legacy in the field; promote the diffusion; exchange and discuss of research findings in the field; and encourage interaction among academicians and scholars from various tradition of academic background. In addition, it meets the needs of global awareness by offering appropriate understanding of Islamic worldview.

E-ISSN (Online): 2600-8939

Publication Issues: April & October

Penerbit KUIS en-US Journal of Muwafaqat 2600-8939 Teori Hifz Al-Nafs Dalam Maqasid Syariah: Analisis Pendalilan https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/121
Hifz al-Nafs bukanlah satu istilah yang janggal dalam Maqasid Syariah. Ia sering diertikan sebagai ‘menjaga nyawa’ bagi kalangan ahli Fiqh dan Usul apabila dikaitkan dengan hukuman Qisas. Namun begitu, terma al-Nafs dan kata jamaknya al-Anfus yang terdapat di dalam al-Quran sebanyak 266 kali membawa pengertian yang begitu luas. Pemahaman umat Islam terhadap istilah Hifz al-Nafs dengan mengecilkan maksud penggunaannya hanya kepada ‘menjaga nyawa’ mengundang kekeliruan sehingga menjadikan mereka begitu sempit dalam memahaminya. Oleh yang demikian, artikel ini mengetengahkan objektif utama iaitu menganalisis teori Hifz al-Nafs dari sudut pendalilannya melalui surah-surah pilihan di dalam al-Quran. Ia bertujuan agar pengertian Hifz al-Nafs itu dapat dianalisis maksudnya dengan lebih mendalam dari sumber utama umat Islam. Falsafah di sebalik artikel ini ialah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasikan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan dan analisis data ialah analisis kandungan dokumen dengan menganalisis sampel utama daripada peruntukan dalam al-Quran yang berkaitan dengan al-Nafs. Ia dijadikan sebagai data primer dalam kajian ini kerana data tersebut adalah daripada sumber langsung, berautoriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pandangan atau pendapat individu. Selain itu juga, data sekunder bagi kajian ini ialah perbahasan yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir, buku-buku akademik, jurnal dan kajian ilmiah lepas digunakan dalam artikel ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pendalilan Hifz al-Nafs yang dianalisis pengkaji adalah merujuk kepada menjaga jiwa dari dimensi rohani. Pengkaji turut mendapati bahawa dimensi rohani dalam penjagaan jiwa ini adalah berfokus kepada “penyucian jiwa”. Ini bererti bahawa menjaga rohani dalam jiwa manusia itu adalah penting agar diri manusia itu tidak terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan nyawa. Ia juga adalah tidak selari dengan teori Hifz al-Nafs seperti yang diinginkan oleh syarak.

Hifz al-Nafs is not a strange term in Maqasid Syariah. It is often interpreted as 'preserving life' among Fiqh and Usul scholars in relation to Qisas. Nevertheless, the fact that al-nafs and the plural word al-anfus mentioned in the Quran 266 times carries such a broad meaning. Muslims' understanding of the term Hifz al-Nafs by limiting its meaning to only 'preserving life' brings confusion and makes the understanding narrow. This article aims to analyze the theory of Hifz al-Nafs from its reasoning through selected chapters in the Quran. It is so that the meaning of Hifz al-nafs can be analyzed more deeply from the main legislative sources. The article is interpretive and uses a qualitative approach in adapting the research design. The data collection and analysis is based on document content analysis by analyzing provisions in the Quran related to al-nafs. It is used as primary data in this study as the data is from a direct, authoritative source and without any individual influence or opinion. In addition, the secondary data for this study are discussions found in books of tafsir, academic writings, journals and past scientific studies. The findings show that the argument of Hifz al-Nafs analyzed by the researcher refers to guarding the soul from the spiritual dimension. The researcher also found that the spiritual dimension in soul protection is focused on "soul purification". This means that taking care of the spiritual in the human soul is important to the point that the human being is not motivated to inflict harm to oneself. It is also not in line with the theory of Hifz al-Nafs as lined in Syariah.
Muhammad Mustaqim Roslan Anwar Osman Zainuri Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 1 13 10.53840/muwafaqat.v6i1.121 Pemakaian Seksyen 340 Kanun Tanah Negara Menurut Perundangan Islam Di Malaysia https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/118
Isu perundangan Islam berkaitan hartanah kini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang di Malaysia. Berpaksikan kepada sistem Torrens yang menetapkan pendaftaran adalah segalanya membawa kepada anggapan bahawa pendaftaran tanah bersifat mutlak. Walhal, terdapat beberapa pengecualian yang terpakai kepada prinsip pendaftaran mutlak ini, menjadikan pendaftaran milikan tanah memang bersifat eksklusif namun tidak mutlak. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pemakaian seksyen 340 Kanun Tanah Negara menurut perundangan Islam di Malaysia. Dua objektif utama telah dikenal pasti iaitu meneliti konsep dan perincian hak milik tidak boleh disangkal dalam seksyen 340 Kanun Tanah Negara (Disemak) 2020 Akta 828. Kedua, mengkaji kes-kes berkaitan yang menjelaskan pemakaian seksyen 340 Kanun Tanah Negara dalam undang-undang Syariah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu dengan menggunakan pendekatan kajian dokumentasi sebagai kaedah utama bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang bersifat konseptual dan teoritikal di samping menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati konsistensi penghakiman terhadap isu berkaitan Iḥyā’ al-mawāt tidak memihak kepada peneroka atau pengusaha tanah terbiar malahan perolehan tanah dengan cara ini juga menjadi satu kesalahan dalam undang-undang tanah di Malaysia. Namun, berbeza dapatan bagi isu hibah yang mana konsistensi penghakiman adalah memihak kepada pihak yang dapat membuktikan bahawa tanah yang dipertikai tersebut adalah tanah berian hibah. Justeru, langkah-langkah penambahbaikan melalui adaptasi penggunaan teknologi dalam undang-undang prosedural mahkamah Syariah boleh dilaksanakan bagi melestarikan undang-undang Syariah dalam perundangan tanah di Malaysia.

Islamic legal issues related to real estate has became a polemic of discussion among people from various backgrounds in Malaysia. Centered on the Torrens system that prescribes registration is everything in land law has lead to the assumption that land registration is absolute. However, there are some exceptions that applied to this principle making the registration of land ownership is exclusive but not absolute. This article aims to identify the practice of section 340 of the National Land Code according to Islamic law in Malaysia. Two main objectives were identified, namely to examine the concept and details of undeniable title in section 340 of the National Land Code (Revised) 2020 Act 828. Second, to study related cases that explain the practice of section 340 of the National Land Code in Shariah law. This study used qualitative method by using the documentation research approach as the main method in order to obtain conceptual information and theoretical knowledge as well as using a semi -structured interview method. The results found that the consistency of judgment on issues related to Iḥyā 'al-mawāt is not in favor of settlers or operators of idle land and even the acquisition of land in this way is also an offense in land law in Malaysia. However, the findings are different in the case of hibah where the consistency of the judgment is in favor of the party who can prove that the land issued was a gift. Thus, the positive improvement could be done by taking into account to adapt the use of Islamic procedural law in Shariah court in order to preserve the principle of Islamic law in regulating land ownership in Malaysia.
Muhammad Azri Amir Mohd Zaidi Daud Siti Aisyah Samudin Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 14 42 10.53840/muwafaqat.v6i1.118 The Irregularity of Monetary Compensation Remedies for Unfair Dismissal in Malaysia https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/136
The law of employment dictates that the remedy of monetary compensation should be awarded to compensate an innocent employee for the loss of employment. The assessment of monetary compensation is duly under the judge’s discretion made based on the provided facts and evidence. The court may award the remedy of monetary compensation by taking into account of circumstances of the cases. The court applies certain principles (such as the duty to mitigate loss) in both remedies of monetary compensation (in lieu of reinstatement) and back wages. This type of compensation is provided to accommodate the future earnings of the employee who suffered from unfair dismissal. This paper investigated the irregularity of award evaluation in Malaysian unfair dismissal cases with the goal of suggesting a methodical assessment guideline for such cases. This study used a black letter approach which is ideal for examining theoretical, doctrinal, or pure legal review requiring library information search. All relevant legislative provisions and wrongful dismissal decisions resolved by the Industrial Court were extensively explored in this paper.

Undang-undang pekerjaan menetapkan bahawa remedi pampasan kewangan harus diberikan untuk membayar pampasan kepada pekerja yang tidak bersalah atas kehilangan pekerjaan. Penilaian pampasan kewangan adalah di bawah budi bicara hakim yang dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang diberikan. Mahkamah boleh memberikan remedi pampasan kewangan dengan mengambil kira keadaan kes. Mahkamah menggunakan prinsip tertentu (seperti kewajipan untuk mengurangkan kerugian) dalam kedua-dua remedi pampasan kewangan (sebagai ganti pengembalian semula) dan gaji belakang. Pampasan jenis ini disediakan untuk menampung pendapatan masa depan pekerja yang mengalami pemecatan yang tidak adil. Makalah ini mengkaji ketidakteraturan penilaian anugerah dalam kes pemecatan yang tidak adil di Malaysia dengan matlamat mencadangkan garis panduan penilaian berkaedah bagi kes sedemikian. Kajian ini menggunakan pendekatan doktrinal yang sesuai untuk mengkaji kajian teori, doktrin atau undang-undang tulen yang memerlukan carian maklumat perpustakaan. Semua peruntukan perundangan yang berkaitan dan keputusan pemecatan salah yang diselesaikan oleh Mahkamah Perusahaan juga dibincangkan dengan terperinci di dalam makalah ini.
Siti Fazilah Abdul Shukor Farahdilah Ghazali Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 43 58 10.53840/muwafaqat.v6i1.136 Penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan: Satu Tinjauan Terhadap Tadbir Urus Peguam Syarie https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/142
Profesion Guaman Syarie terletak di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Enakmen Mahkamah Syariah. Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk membuat peraturan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan masuk Peguam Syarie dan bagi mengawal dan menyelia kelakuan peguam syarie. Kesemua negeri-negeri di Malaysia sudah mempunyai Kaedah-kaedah Peguam Syarie masing-masing. Berikutan dari hal ini, isu berkenaan pelantikan dan syarat penerimaan masuk Peguam Syarie juga adalah merujuk kepada peraturan yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah Peguam Syarie negeri masing-masing. Namun, Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif kehadapan dalam menggubal Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 atau Akta 814. Akta 814 ini akan disertakan bersama dengan Kaedah-kaedah Peguam Syarie dalam mentadbirurus dan mengawal selia prosedur pelantikan, syarat kemasukan, insuran, kualiti dan etika, tatatertib dan yuran amalan. Oleh yang demikian, disebabkan oleh penubuhan Akta 814 ini, pengurusan dan hal ehwal Peguam Syarie akan dikawal selia oleh Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan. Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan ini telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2022 dengan terdiri daripada tiga belas orang ahli. Metodologi yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan mengaplikasikan instrumen kajian perpustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan dan kajian-kajian lepas. Manakala bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kaedah temubual telah diaplikasikan. Hasil tinjauan awal mendapati pentadbiran Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan ini dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023. Ketika ini kesemua ahli induk dan ahli jawatankuasa sedang dalam proses menyusun agenda pentadbiran supaya ianya kelihatan sistematik. Kuasa-kuasa sedia ada bagi Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan dinyatakan dalam Akta 814 dan dipercayai dapat memperkasakan integriti dan kecekapan peguam syarie.

The Syarie Legal profession is under the Aministration of the Religion of Islam Enactments and the Syariah Court Enactments. The States’ Islamic Religious Administration Enactments allocate the power to the States’ Islamic Religious Council to make regulations for the procedures, qualifications and admission fees of syarie lawyers and to control and supervise the conduct of syarie lawyers. All the states in Malaysia already have their own syarie lawyer rules. Following this, the issue regarding the appointment and admission requirements of syarie lawyers are also referred to the regulations stipulated in the states’ rules of syarie lawyers. However, the syarie lawyers of the federal territories have taken the initiative in enacting the Syarie Legal Profession Act (Federal Territories) 2019 or Act 814. This Act will include the Rules of Syarie Lawyers in managing the governance and regulating the appointment procedures, admission requirements, insurance, quality and ethics, discipline and practice fees. Therefore, due to the establishment of this Act, the management and affairs of syarie lawyers will be regulated by the Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories. The Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories was established on 8 August 2022 with a total of thirteen members. The methodology employed is a qualitative study by applying library research instruments with reference to reading materials and past studies. While for the purpose of collecting data and information, the interview method has been applied. The results of the preliminary survey found that the administration of the Majlis Peguam Syarie of the Federal Territories is expected to be fully operational in 2023. Currently, all main members and the committee members are in the process of organising the administrative agenda so as to make it systematic. The existing powers of the Federal Territories’ Majlis Peguam Syarie are stated in the Act 814 and it is believed to strengthen the integrity and efficiency of syarie lawyers.

Nur Zulfah Md Abdul Salam Norazla Abdul Wahab Hammad Mohamad Dahalan Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 59 72 10.53840/muwafaqat.v6i1.142 Hakam Sebagai Kaedah Penyelesaian Alternatif Bagi Shiqaq dalam Perkahwinan https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/144
Hakam adalah orang tengah atau penimbang tara yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian atau shiqaq di antara suami isteri. Shiqaq adalah pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri sehingga menyebabkan keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain. Fungsi Hakam adalah untuk menamatkan pertelingkahan antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk. Sesungguhnya, proses timbang tara melalui kuasa hakam memberikan manfaat kepada institusi kekeluargaan Islam dalam menyelesaikan konflik sebagai kaedah penyelesaian alternatif di mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hakam dalam peruntukan undang-undang mahupun arahan amalan masih lagi tidak begitu jelas. Tidak semua negeri memperuntukkan prosedur yang jelas mengenai kuasa Hakam kecuali di beberapa negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan. Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah banyak membantu menyelesaikan kes-kes perceraian yang tertunggak. Berdasarkan rekod pada tahun 2019 sebanyak 11,161 kes daripada 11,860 kes yang didaftarkan telah berjaya diselesaikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui analisis dokumen terhadap Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang terpakai di negeri Selangor. Objektif kajian adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan hakam sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi shiqaq dalam perkahwinan di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 telah menerapkan elemen-elemen yang khusus dan terperinci mengenai pelaksanaan proses timbang tara melalui peruntukan-peruntukan yang meliputi pelantikan hakam, fungsi, tatacara majlis tahkim, jawatankuasa hakam, etika hakam dan aduan terhadap panel hakam. Oleh itu, jelas bahawa hakam merupakan antara kaedah alternatif yang penting bagi menyelesaikan shiqaq dalam perkahwinan. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan manfaat kepada pelaksanaan hakam di negeri-negeri yang lain.

Hakam is a mediator or arbitrator appointed by the court to resolve disputes or shiqaq between husband and wife. Shiqaq is an unresolved dispute between a husband and wife that makes them impossible to live together in order to carry out their responsibilities and to respect each other. Apparently, the function of Hakam is to end the conflict between husband and wife by either reconciling or separating them through divorce or khuluk. Indeed, the arbitration process through the power of hakam provides benefits to Islamic family institutions in resolving conflicts as an alternative method of dispute resolution in sharia courts. However, the implementation of hakam in legal provisions or the practice instructions is still vague and unclear. Falling under the state jurisdiction, a clear procedure regarding the authority of Hakam is not available except in some states such as Selangor and Negeri Sembilan. The Hakam (Selangor State) 2014 Rules introduced by the Selangor State Syariah Justice Department (JAKESS) is of a great assistance in resolving outstanding divorce cases. Based on records in 2019, 11,161 cases out of 11,860 registered cases were successfully resolved. This study is using the qualitative approach involving data collection through document analysis of the Hakam Rules (Selangor State) 2014 that are currently applicable in Selangor. The objective of the study is to give a clear picture of the implementation of hakam as an alternative dispute resolution method for shiqaq in marriage in Selangor. The results of the study found that the Hakam Rules (Selangor State) 2014 has embedded specific and detailed elements regarding the implementation of the weighing arbitration process through the provisions that cover pertaining to the appointment of hakam, functions, proceedings of the tahkim session, the committees of hakam, the ethics of hakam and complaints against the panels of hakam. Accordingly, it is clear that hakam is one of the important alternative methods to resolve shiqaq in marriage. Hence, this study is expected to provide guidance and benefit for the implementation of hakam in other states.
Zanariah Dimon Zaini Yusnita Mat Jusoh Sharifah Hana Abdul Rahman Nurhidayah Azahari Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 73 86 10.53840/muwafaqat.v6i1.144 Kesalahan Menggalakkan Maksiat: Analisis Peruntukan Undang- Undang Jenayah Syariah Dan Cabaran Pada Masa Kini https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/137
Islam menghalang penganutnya dari melakukan maksiat mahupun perbuatan menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat. Walaupun, majoriti orang Islam tahu bahawa perbuatan melakukan maksiat dan menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat adalah berdosa namun perbuatan tersebut masih lagi dilakukan oleh sebab dorongan nafsu. Oleh itu, wujudnya undang-undang bagi mengawal masyarakat dari melakukan perbuatan tersebut. Walau bagaimanapun, undang-undang sedia ada dilihat kurang berkesan untuk menangani kesalahan menggalakkan maksiat. Meskipun hampir kesemua enakmen kesalahan jenayah syariah negeri mempunyai peruntukan berkaitan kesalahan menggalakkan maksiat, namun didapati kesalahan tersebut sangat jarang dikuatkuasakan. Maka perkara inilah yang mendorong penulis untuk mengkaji punca kesalahan menggalakkan maksiat ini sangat jarang dikuatkuasakan di Malaysia. Justeru, penulisan ini menjurus kepada tiga objektif iaitu pertama, menganalisis konsep pencegahan maksiat dari perspektif Islam. Kedua, mengkaji permasalahan peruntukan sedia ada dan cabaran masa kini dalam menguatkuasakan peruntukan kesalahan menggalakkan maksiat. Ketiga, mencadangkan penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada dan penyelesaian kepada aktiviti menggalakkan maksiat pada masa kini. Metodologi dalam penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu data-data dikumpul melalui kajian perpustakaan dan analisis dokumen-dokumen seperti kajian-kajian terdahulu, jurnal, dan artikel-artikel berkaitan, akta, dan enakmen jenayah syariah negeri-negeri. Dalam penulisan ini penulis mendapati bahawa wujud beberapa masalah di dalam peruntukan yang sedia ada dan cabaran menguatkuasakannya pada masa kini. Maka oleh sebab itu penulis mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap peruntukan yang sedia ada dan penyelesaian terhadap aktiviti menggalakkan maksiat pada masa kini.

Islam prohibits its adherents from committing immoral acts or encouraging others to do so. Although the majority of Muslims are aware that engaging in immoral behaviour and encouraging others to engage in immoral behaviour is sinful, the act continues to be motivated by lust. Consequently, laws exist to prevent the community from committing such acts. However, the current law is viewed as less effective in combating the crime of encouraging immorality. Despite the fact that almost all state sharia criminal code enactments contain provisions related to the offence of encouraging immorality, such offences are rarely enforced. In light of this, the author is compelled to investigate the origins of the offence of encouraging this vice, which is rarely prosecuted in Malaysia. Thus, the purpose of this paper is threefold, beginning with an Islamic analysis of the concept of immorality prevention. Second, analyse the difficulties of enforcing the provision of the offence of encouraging immorality and the problems with the current provision. Third, suggest enhancements to the current provisions and solutions to activities that currently promote immorality. This paper employs a qualitative methodology, consisting of data collected through library research and analysis of documents such as previous studies, journals, and related articles, acts, and state syariah criminal statutes. In this paper, the author identifies some issues with the existing provision and the difficulty of enforcing it today. For this reason, the author offers some recommendations for enhancing the current provisions and addressing activities that promote immorality.
Muhammad Shaberi Nur Dayana Mohd Khalil Dayang Puteri Nazirah Izhar Azizah Mat Rashid Ahmad Misbah Mohamad Hilmi Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 87 103 10.53840/muwafaqat.v6i1.137 Model Takaful Berasaskan Filantropi di Malaysia: Isu, Cabaran dan Keperluan https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/141
Filantropi merupakan amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang berdasarkan rasa cinta dan sayang kepada orang lain yang membawa kepada kesediaan dan kesanggupannya untuk membantu dengan cara memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk tanpa balasan. Konsep filantropi ini telahpun diamalkan dalam Islam iaitu melalui zakat, sedekah, infak, wakaf dan sebagainya. Dalam konteks industri takaful, walaupun terdapat tulisan dan kajian berkaitan model-model takaful mikro yang cuba mengintegrasikan zakat, wakaf, mushārakah dan sebagainya, namun ianya sekadar cadangan konseptual sahaja. Oleh yang demikian, artikel ini cuba untuk mengkaji keperluan kepada mewujudkan model takaful berasaskan filantropi yang lebih praktikal di samping tidak mengetepikan isu dan cabaran yang wujud. Untuk tujuan itu, artikel ini menggunakan metode kualitatif dengan pengumpulan data melalui temu bual separa struktur terhadap 16 informan B40 dan pengendali takaful. Data temu bual yang telah ditranskripsi kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 22 berpandukan dua objektif kajian bagi mengenal pasti tema-tema temu bual yang mewakili isu-isu dan cabaran-cabaran dalam penawaran model takaful berasaskan filantropi. Hasil analisis mendapati isu-isu utama yag dihadapi oleh golongan B40 ialah kewangan, operasi, produk, kemudahan dan pengetahuan. Manakala isu-isu yang timbul di pihak pengendali takaful pula ialah syariah, operasi, undang-undang dan kos. Walaupun wujud isu dan cabaran, model takaful berasaskan filantropi ini diperlukan oleh golongan B40 dan pengendali takaful berdasarkan kepada beberapa kepentingan antaranya menyediakan perlindungan manfaat takaful mikro yang sistematik dan efisien, sebagai medium kepada masyarakat untuk membudayakan amalan derma dan alternatif kepada program kerajaan.

Philanthropy is a practice of kindness by a person which is built on a sense of love and affection for others that leads to his readiness and willingness to help through donating in various forms without consideration. The concept of philanthropy has already been practiced in Islam by way of zakat, charity, endowment, waqf and so on. In the context of takaful industry, although there are writings and studies related to micro takaful models that try to integrate zakat, waqf, mushārakah and so on, they are just conceptual proposals. As such, this article attempts to examine the need to create a more practical philanthropy-based takaful model while not ignoring the issues and challenges that exist. For that purpose, this article uses a qualitative method with data collection through semi-structured interviews on 16 B40 informants and takaful operators. The transcribed interview data was then analyzed using Atlas.ti software version 22 based on two research objectives in order to identify interview themes that represent issues and challenges in offering a philanthropy-based takaful model. The results of the analysis found that the main issues faced by the B40 group are finance, operations, products, facilities, and knowledge. While the issues that arise on the part of takaful operators are shariah, operation, law, and cost. Despite the existence of issues and challenges, this philanthropy-based takaful model is needed by the B40 group and takaful operators based on some significance including providing systematic and efficient protection of micro takaful benefits, as a medium for the community to cultivate the practice of donation and as an alternative to government programs.
Khairul Anuar Ahmad Fakhri Sungit Mohd Isa Mohd Deni Noor Aimi Mohd Puad Marhanum Che Mohd Saleh Mohd Hafizal Elias Anis Nadhirah Nor Mukshar Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 104 122 10.53840/muwafaqat.v6i1.141 Clarification on Misconception of Hudud: An Analysis of The Implementation During the Time of Prophet Muhammad and Khulafa’ Al-Rashidun https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/116
Islam is the religion of truth and peace which concerns more on the Iman, good custom, and - social order. Meanwhile, the hudud in Islam aims to produce a righteous society that is free from any criminal. As any kind of criminal act themselves is a violation of Allah’s sovereignty and others’ rights and freedom and what is more, strict, and heavy punishment is also prescribed by Him to punish the wrongdoer for the violation they made and prevention for the crime. However, there is misunderstanding lingers in society pertaining to the hudud law which has long been carried out by the prophet Muhammad (PBUH) and His companions and labelled the punishment as an ancient and harsh punishment disregarding human rights. Thus, this study aims to study the execution of hudud law based on the Quran and hadiths implemented by the prophet and to analyse the steps of the companion in following the execution. Analysis descriptive method was used to achieve the objective throughout Quranic verses and hadith texts. This study found that the implementation of punishment by the prophet based on the Quran, there also ijtihad from him and consensus with companion’s suggestions. The Khulafa Al-Rashidun implemented hudud punishment based on the prophet’s steps including their own ijtihad based on the suitability of situations. Khulafa al-Rashidun is also concerned about the objective of the hudud punishment before implementation.

Islam adalah agama kebenaran dan keamanan yang mementingkan perihal Iman, adat yang baik dan ketertiban sosial. Di sisi lain, hukuman hudud dalam Islam bertujuan melahirkan masyarakat yang soleh dan bebas daripada sebarang jenayah. Oleh kerana perbuatan jenayah itu sendiri adalah melanggar keagungan Allah serta hak dan kebebasan orang lain, hukuman yang ketat dan berat ini telah ditetapkan oleh-Nya bagi menghukum pesalah atas pelanggaran yang mereka lakukan, juga sebagai langkah pencegahan bagi jenayah itu sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat salah faham yang berlarutan dalam masyarakat berhubung hukum hudud yang telah lama diaplikasikan oleh Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat ini, dengan menganggap hukuman tersebut sebagai hukuman yang kuno dan keras tanpa mengambil kira hak asasi manusia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan hukum hudud berdasarkan al-Quran dan hadis yang telah dilaksanakan oleh Nabi serta menganalisis langkah-langkah para sahabat dalam mengikuti perlaksanaan hukuman tersebut. Kaedah deskriptif analisis digunakan terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis- hadis untuk mencapai objektif kajian. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan hukuman oleh Nabi adalah berlandaskan al-Quran, selain terdapat juga ijtihad daripada baginda serta berpandukan kepada ijmak dan saranan sahabat terhadap hukuman tersebut. Para Khulafa Al-Rasyidun telah melaksanakan hukuman hudud dengan mengikuti langkah-langkah Nabi selain melaksanakan ijtihad mereka sendiri berdasarkan kesesuaian situasi. Khulafa al-Rashidun juga menitikberatkan tentang objektif hukuman hudud sebelum dilaksanakannya.
Khairil Hafizi Yaacob Nurul Badriyah Ali Copyright (c) 2023 Journal of Muwafaqat https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2023-04-30 2023-04-30 6 1 123 137 10.53840/muwafaqat.v6i1.116